Misiku




Ya Allah.. Syukur di atas nikmat pancainderaMU aku dapat melihat segala2nya. Seketika ku tersedar...mungkin masih belum terlambat untukku pahatkan dalam diri bahawa Aku Mahu Berubah !!!
Pada teman2 ku tempis segala teguran sinis...ku tekadkan dalam hati bahawa Aku Mahu Berubah!!!
Masih belum terlambat lantas ku laungkan sekali lagi dalam hatiku bahawa
AKU MAHU BERUBAH…!!!
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di muka bumi ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan tersungkur seumur hidup.

Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. Malahan gagal juga menyebabkan seseorang itu sangat takut terhadap dirinya sendiri.

Persoalannya Mengapakah Fikiran Kita Sering Memikirkan Kegagalan Itu Suatu Yang Buruk?

Pada hari ini, sifat takut dengan kegagalan telah mengakibatkan pemikiran generasi kita semakin sempit! Sebab takutkan kegagalan, mereka tidak sanggup mencuba sesuatu atau cabaran yang baru. Inilah sikap yang menjahanamkan pemikiran kita. Ia bagai virus yang berbahaya kepada kita!
Ingatlah !!!!
Hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana.Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan Yang jika dihayati,diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan kita insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain,Kita sering menjadi mangsa.Namun, apabila kita ingin mencuba , keajaiban hidup akan berlaku.Usaha adalah tuntutan kehidupan, Namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan.
Ya, hakikat yang sebenarnya setiap kegagalan yang anda alami tersebut berpunca dari anda sendiri dan bukannya orang lain! Ini kerana hanya anda yang mampu mengawal minda anda untuk jauh daripada kegagalan!

* Andalah Penentu Masa Depan Anda!
* Andalah Yang Mampu Mengubah Nasib Anda!
* Andalah Yang Mampu Membangunkan Diri Anda!

Malahan..
Hanya Andalah Yang Mampu Menukarkan Kegagalan Tersebut Kepada
Kejayaan Dimasa Depan Malahan Mampu Mengelakkan Kegagalan
Tersebut!

Jadi, Bangkitlah Segera dari Mimpi Yang Ngeri !

Hanya satu cara sahaja untuk anda mengatasi kegagalan dan ketakutan untuk hadapi kegagalan ini. Dan caranya amat praktikal dan berkesan untuk anda. Cara tersebut ialah:

Kuasai Punca Kegagalan Sebelum Anda Memulakan Sesuatu Dan Sentiasa Berfikiran Positif Terhadap Pahit Manis Cabaran Tersebut. Jom sama2 kita merealisasikan impian hidup kita selama ini...




Jom kita mulakan hari ni. hanya bekerja dari rumah sudah cukup untuk anda bebas berbelanja. hanya dgn promosikan website sahaja dh cukup dgn teknik2 berkesan yg telah lama di praktikkan..