Pengenalan



Adakah 2011 akan menjadi lebih baik dan lebih indah? Saya bukan manusia sempurna ..Saya adalah  seorang insan seperti kamu semua…adakala saya cuba untuk menjadi sesuatu tetapi saya  juga sering lupa saya tidak mampu menjadi seperti itu tetapi saya akan cuba dan terus mencuba!
Alhamdulillah saya bersyukur saya masih mampu bernafas pada hari ini. Saya  sentiasa berdoa  agar saya dapat bernafas untuk hari ini, esok dan hari-hari seterusnya.
Saya masih bekerja tapi atas desakan hidup dapat je gaji terus bayar hutang..kehidupan saya betul-betul terikat ..tiada masa untuk bersantai dengan kawan-kawan mahu pun keluarga.Kadang-kadang terpikir gak sampai bila nak hidup macam nie. Duit memanjang tak cukup. Sampai bila kita nak berhutang & langsaikan hutang.   Bermula hanya dengan membaca risalah yang saya dapat pada cermin kereta kira-kira sebulan yang lalu.  Hari-hari saya baca risalah itu. Selalu gak terpikir takkan modal kecil boleh dapat duit banyak….Atas dasar ingin berubah saya sms  untuk mengetahui program ini dengan lebih lanjut. Tapi malangnya saya hanya mendaftar saja .. bab kata speaker saya ini bukan skim pelaburan @ MLM @ Direct Selling.. Siapa buat dia dapat..
Saya akan perbaiki kelemahan diri dan mempertingkatkan prestasi diri. Saya nak jadi permata dan intan kepada keluarga saya seterusnya menjadi kesayangan pada semua. Saya juga ingin menjadi kebanggaan kepada keluarga. Susah, senang, jerih dan payah akan saya teruskan.  Saya dah penat makan gaji. Gaji plak habis hanya untuk membayar hutang .